Khamis, 30 Jun 2011

Bunga...

dia..
terkesima aku dek senyuman ria,
tertidur lena dodoian gelak tawanya,
berhalusan rambutnya dihembus angan,
alangkah indah pada pandangan.

dikutip cebisan cinta,
aku cantumkan bersiul suka,
dihalusi setiap bait kata,
agar dia tersenyum gembira.

pastikan langkahku disusun kemas,
agar tidak tertampak cacat cela,
biar tidak berpunya berlian emas,
biar ikhlas itu datang pertama.

waktu berseru rindu,
biarlah gagah dilaku,
datang angin biru menghembus pilu,
menutup seribu juta pintu.

aku simpan hati,
aku simpan jiwa,
aku tutup kata-kata,
bak sang egois bermegah.

biarlah terahsia,
biarlah terluka,
asal senyum bahagia,
dia..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan