Jumaat, 1 Julai 2011

Kontras Antara Cahaya

nyaring!
berteriak si kecil,
ibunya menghulurkan tangan kasih,
bapa menyuap sayang,

dia masih berteriak...

kuala sudah diubah haluan,
datang segala macam perubahan,
kayu berganti batu,
suka berganti sendu,
adat berbarat,
akhlak berkarat...

dia masih berteriak...

kasihan..
kasihkan..

dia masih berteriak...

marilah..
biar aku hapuskan setan,
supaya ditahu apa itu kepayahan,
supaya dikenal apa itu perit,
supaya dirasa apa itu pahit.

sudah senyap?

bagus..
marilah tidur dengan lena berpelukan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan