Rabu, 27 Julai 2011

kuning senja




di suatu kuning senja, arjuna membawa dara ke taman syurga yang nian indah.
bergetar dua jiwa apabila bersua muka. kedengaran sayup nada indah.

arjuna berkata, " dara, apakah engkau berasa gembira?"
dara,"bukankah senyumku bermaksud aku suka, dan bukankah tawaku tanda gembira.", berkuntum senyumnya.

arjuna berbaring bertilam rumput alam, berkelambukan langit senja.
dara memerhati, seperti tiada kena arjuna pada hari ini.
dara merapatkan jarak antara mereka, lalu bersuara,

"mengapa engkau kelihatan sedih, seolah ada sesuatu tersimpan pedih?"
arjuna memandang dara, " tiada apa, tetapi aku risau hajatku kelak berputih mata."
dara, "mengapa? apakah hajatmu?"

angin menghembus bisu. unggas berlenggok pilu.
arjuna mengeluh seperti duka,
" dara, apakah engkau suka berteman denganku? aku tiada apa-apa, tiada harta, tiada kata indah, tiada rupa, tia.."
si dara pantas menutup mulut si arjuna, dara bersedih, bertangisan matanya.
Tuhan bersaksi pada jujurnya dara apabila dia berkata,
" arjuna, kekuranganmu lah yang membuat sempurnanya aku. kekuranganmu lah yang membuat aku tidak lupa pada mu. segalanya kerana kekuranganmu."
arjuna membalas kata, "dara apakah engkau cinta padaku?"
dara, "cinta? perasaanku padamu lebih dari cinta, engkau lah cinta, engkaulah teman, engkaulah sahabat, engkaulah saudara. itu lebih dari cinta arjuna."

berdiam arjuna, perlahan-lahan berterbit senyum dimuka.
lalu arjuna bangkit dari baringnya, sambil mengulurkan tangan kasih, dia berkata,
"mari, kuning senja bakal berganti bintang cerah. dengan izin tuhan, biar aku bawa engkau ke sinar bahagia."
dara sambil senyum, membalas hulur tangan, "mari, aku suka."
arjuna mengesat air mata dara, lalu di dendang nada gembira. berubat luka parah. berhilangan bayang mereka di telan kuning senja.

persoalannya. apakah Tuhan murka pada cinta?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan