Rabu, 27 Julai 2011

sebidang tanah - sebadan salah

cubalah,
paksi kan arah,
bersibuk lah,
fasakan setiap kata indah,
berbangkit serulah,
kitar alam punah.

tangis berselubung seri,
pintas kias jiwa kini,
hulu garis bertilam besi,
kelak bersambut tempik pari-pari.

kian aku lampir kata,
semakin berhancuran musnah jiwa,
tulang-temulang beretak kaca,
hati tiada bernada gembira.
terpesong tempiasnya,
terkoyak kilauanya,
dari sompek mata,
jelas kelihatan sayunya.

kini bertaburan bersepah di jalanan,
serpihnya terpijak berdarahan,
tempang yang tiada berkesudahan,
hilang arah, lari tujuan, aku hilang teman pedoman.

biarkan aku kelak,
pintu berkunci berselak,
demi mereka yang bergolak,
demi aku yang tiada gelak.
jiwa rusuh yang memberontak,
hati kini berpecah retak,
lalu si angin petak,
lali kaki yang menghentak.

jangan ubah,
jangan susah,
waktu bakal sudah,
mangkat kini jiwa gundah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan