hujung-hujung tapakan duka
bersangsi pada ketentuan
sunyi menggila penuh murka
harapan menggelita kesuraman
ya, masih lagi bisa dibentuk senyum buta
ya, masih lagi bisa berjenaka penuh tawa
ya, masih lagi bisa gagah berpeluh tenaga
ya, masih lagi bisa berahsia hayat dunia
tidak harus aku terus begini
mengambus realiti demi fantasi
tapi gusarku pada yang kurang erti
bahawa wujud ini bukan hakiki
mengurung aku, demi aku
demi sumpah dipasak pada waktu
lagu alunanku bukan terang-nyata
punya suara rintih, punya lunak makna,
penghujung itu boleh jadi syurga
penghujung itu boleh juga neraka
andai terdedah,
moga ada yang erti.
hebat. mantap. hitam yang kau mimpi. aku nak jumpa
BalasPadam