Isnin, 6 Disember 2010

Tali Harapan, Bangkit Wahai Anak


Bangkit wahai anak,
Lihatlah matahari pagi,
Sinar indah yang membawa 1000 pengertian,
Membawa 1000 suasana.

Pagi ini,
Ada yang bangkit gembira,
Ada yang bangkit kecewa,
Ada yang bangkit bersusah-payah,
Ada yang bangkit berharapan,
Ada yang bangkit tetapi di alam lain..

Bangkit wahai anak,
Bawalah tali harapan,
Tali pergantungan ibu dan ayah,
Moga kelak kami tersenyum melihat kesenanganmu.

Malam ini,
Ada yang tidur lena,
Ada yang tidur kerisauan,
Ada yang tidur tersenyum,
Ada yang tidur bertangisan,
Ada yang tidur buat selama-lamanya..

Bangkit wahai anak,
Jagalah tali harapan kami,
Jangan biarkan ianya putus,
Kerana ianya tiada ganti..

2 ulasan: