Khamis, 14 Julai 2011

Rosak No.21

sepi menyilimuti,
maka saksi baka sakti,
hilang punca tunjang hati,
ketar halus sang berani.

aku..

dihantui tangisan,
kekal berlangsungan.
runut jejak kepalsuan,
didodoi aku gurauan,
difitnah aku keriangan.

linanglah..
biarkan ia tiada.

jelmaan nada indah,
gantilah..
sedih, tangislah jiwa.
ranap, robohlah.
dewi-dewi tiada guna,
dewa-dewa untuk apa?
dendang rencana,
tumpah darah dunia,
tumpah lelah air mata.

kini ia tiba..
ia hampir tiba..
sepi, bawalah aku pergi..
sepi...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan