Khamis, 14 Julai 2011

Taring Kering Garing

mari anak,
biar datuk cerita,
bagaimana hikayat sang taring kota api...

asap kepul-kepulan..

dari sirah ziarah,
bertemu panji-panji,
gagah diusung,
usang bak parti.
janji dilupai,
bangkit amarah,
menjamah setiap sisi.

asap sedut-sedutkan...

dari funnan bertemu,
menjelajah dunia baru,
"berjumpa kelak ditanah me-la-yu"
tanah tidak bertuan,
tidak ber ibu.
dibina dagangan,
bangkit sang penolakkan,
beranak pinak tuan-tuan,
bak hati,
rusuh-rusuhan.

asap hembus-hembusan...

di bawa arus modenan,
kayu kayan kian lemah,
datang konkrit memecah belah.
dari hamba perasan tuan,
dilaung,
diagung,
dinobat,
entah siapa-siapa,
digilis habis rakyat,
papa kedana tiang agama.

mari anak,
cerita bakal sudah..

hidup hembus asap,
kilau taring kekejaman,
jalan benar diubah haluan,
jalan baru bersampah sarap.
pekak, tuli, kini berpaling tadah,
sang taring berpekik marah.
hijau habis punah.
kaya-raya juga yang tidak bersudah.
sanggup tangan bersilang celah.
asal dosa jadi pahala,
asal suci jadi nista.

ubahlah..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan