Isnin, 5 Disember 2011

aku kotor

bangkit dari tidur,
tubuhku berselaput najis,
hidung berdarah,
mata bengkak sebelah,
tangan kudung sebelah,
kaki penuh kudis nanah.

aku meraung.
mereka bergelak sakan.
"mari aku heret!"
kata raja berserampang tiga.

aku tak perasan.
sifat air adalah menyucikan.
aku biarkan diriku menjadi bayi.
diri suci sedikit demi sedikit.
hilang najis ditubuh,
hilang kudis dikaki,
benih tangan sebelah mula tumbuh.

muka suci aku guna untuk sujud,
menadah rahmat dengan tangan baru,
aku pohon perlindungan.
moga ada lampu ditepi jalan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan