Isnin, 5 Disember 2011

kita memerhati dengan mata buta

aku buka mata,
engkau buka mata,
dia buka mata,
mereka buka mata.

aku jerit, "hei, buta!"
engkau jerit, "hai, buta!"
dia jerit, "eh, buta!"
mereka jerit, "oh, buta!"

lalu seorang 'celik' bertongkat lipat,
dia berjalan tanpa meraba,
matanya bersinar hebat,
tidak seperti kita.

maka kita yang buta merapati,
bertanya, "bagaimana nak jadi celik?"
dia buka kotak azimat,
didendang lagu keramat,
"ah, inilah ubat..."

Tiada ulasan:

Catat Ulasan