Sabtu, 18 Mei 2013

DERHAKA

kata hanyir menyimbah kebulur
tika alami ku tiada luhur
nada sumbang hentakkan hati
irama berkecamuk, bersimpang-mati
telaga kasih tidak hilang jasa
gagak terbang bekalnya dahaga
untuk lupa tiada mahu-tiada mampu
tangan menyuap membentuk kalbu
keringat melimpah membekal kelambu
malang gagak diharu diri rapu
setiap kembara punya catatan
setiap jalan punya tetapan
menyepi, meraba-cari
mentari sebenar erti hakiki

masih derhaka

Tiada ulasan:

Catat Ulasan